MENU
 

Majlis Bandaraya Kuala Terengganu ( MBKT) telah mengadakan Hari Cuci Malaysia Sempena 'World Clean Up Day' yang merupakan Program Pembersihan Mega Seluruh Negara pada 27 September 2025 bertempat di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu.

Program yang dilaksanakan pada hari Sabtu minggu terakhir bulan September setiap tahun  tersebut merupakan program Tahunan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia yang melibatkan semua Pihak Berkuasa Tempatan seluruh negara.

Majlis perasmian program berkenaan telah disempurnakan oleh YB. Dato' Hj. Wan Sukairi bin Wan Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Terengganu.

Turut hadir adalah  YBhg. Dato' Hj. Rosli bin Latif, Timbalan Setiausaha Kerajaan ( Pembangunan), YBrs. Tuan Hj. Azran Amin bin Mazlan, Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Encik Mohd Milzan bin Nur Anuar, Setiausaha Bahagian ( Kerajaan Tempatan) dan Encik Nik Mohd Syahrom bin Nik Md. Hashim, Setiausaha MBKT.

PROGRAM HARI CUCI MALAYSIA TAHUN 2025 PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

[ GALERI FOTO ]