Kerajaan Negeri Terengganu bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) telah melaksanakan Program Gotong-Royong Membersih Monsun Pantai Batu Burok dan Pantai Seberang Takir pada 4 Januari 2025.
Antara agensi-agensi yang terlibat dalam gotong-royong di Pantai Batu Burok adalah Pejabat Daerah Kuala Terengganu, Jabatan Alam Sekitar, Pejabat Setiausaha Kerajaan (Bhg. Kerajaan Tempatan), Geng Plastik Ija (NGO) dan Tenaga Nasional Berhad manakala di Pantai Seberang Takir pula melibatkan kerjasama dari Pejabat Daerah Kuala Nerus, Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) dan Persatuan Pengakap Negeri Terengganu.
Turut hadir memeriahkan program tersebut di Pantai Batu Burok adalah YB. Dato' Razali bin Idris, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Negeri Terengganu, YB. Puan Hjh. Zuraida binti Mohd Noor, Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu (Ladang), YBhg. Dato' Hj. Rosli bin Latif, Datuk Bandar MBKT, YBrs. Encik Nik Mohd Syahrom bin Nik Md. Hashim, Setiausaha MBKT dan Encik Ridzwan bin Abdul Rahman, Pengarah Pelancongan Negeri Terengganu.
Sementara itu, di Pantai Seberang Takir, YB. Dato' Razali bin Idris, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Negeri Terengganu, YB. Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak, Ahli Parlimen Kuala Nerus dan YB. Ustaz Hj. Khazan bin Che Mat, Ahli Dewan Undangan Negeri (Seberang Takir) turut hadir.
Tujuan program gotong-royong berkenaan adalah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kebersihan di sekitar pantai yang merupakan tanggungjawab setiap individu bagi memastikan pantai bandaraya Kuala Terengganu dan Kuala Nerus sentiasa cantik, bersih, menarik dan selamat untuk dikunjungi.
MBKT merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada para penyumbang makanan dan peralatan iaitu Terengganu Incorporated Sdn. Bhd., Petronas Pantai Timur dan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT).Juga terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama menjayakan Program Gotong-Royong Membersih Pantai Monsun Negeri Terengganu.
[ GALERI FOTO ]