MENU
 

Majlis Bandaraya Kuala Terengganu telah mengadakan program tersebut pada 16 Mei 2024 bertempat di Bilik Seminar, Aras 6, Menara MBKT.

Seramai 50 orang peserta terdiri dari Ahli-Ahli Majlis MBKT dan komuniti dalam daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus terlibat dalam sesi libat urus berkenaan.

Perbincangan adalah berkisar kepada isu-isu dan cabaran perbandaran, masalah serta cadangan inisiatif pintar komuniti.

YBhg. Dato' Hj. Rosli bin Latif, Datuk Bandar MBKT yang telah merasmikan program tersebut mengharapkan agar Pelan Pelaksanaan Bandar Pintar dapat dirangka secara realistik.

Pelan Tindakan Bandar Pintar 2030 Warisan Pesisir Air Bandar Raya Kuala Terengganu

[ GALERI FOTO ]