MENU
 

Majlis Perjumpaan Datuk Bandar dan Jabatan-Jabatan Terlibat Bersama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus telah diadakan pada 26 September 2024 mulai jam 1.30 petang -5.30 petang bertempat di Dewan Auditorium, aras 3, Menara MBKT.

Seramai 466 orang Pengerusi dan Setiausaha JPKK telah menghadiri majlis tersebut.

Objektif majlis berkenaan diadakan adalah untuk memberi kefahaman kepada JPKK mengenai bidang tugas MBKT, JKR, JPS dan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu.

Selain itu, YBhg. Datuk Hj. Rosli bin Latif, Datuk Bandar mengharapkan agar pihak JPKK menjadi mata dan telinga tentang isu dan permasaalahan di kampung masing-masing dengan mengutarakannya kepada Ahli-Ahli Majlis MBKT yang akan membawa isu-isu tersebut kepada Jabatan-Jabatan yang bertanggungjawab di MBKT.

YBhg. Datuk Bandar merakamkan ucapan terima kasih di atas penglibatan semua pihak dalam majlis tersebut.

MAJLIS PERJUMPAAN DATUK BANDAR DAN JABATAN-JABATAN TERLIBAT BERSAMA JAWATANKUASA PEMBANGUNAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JPKK) DAERAH KUALA TERENGGANU DAN KUALA NERUS

[ GALERI FOTO ]