MENU
 

YB. Dato' Hj. Wan Sukairi bin Wan Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Terengganu telah menyempurnakan perasmian Medan Selera D'Muara Utara pada 13 Februari 2025.

Medan Selera D'Muara Utara tersebut dibina bagi memindahkan peniaga-peniaga sedia ada di Medan Selera Tanjung, Jalan Sultan Zainal Abidin kerana terlibat dengan cadangan pembangunan promenade di muara selatan.

Sebanyak 72 ruang niaga disediakan iaitu 36 kedai makan dan 36 kedai pelbagai. Adalah diharapkan dengan adanya Medan Selera D' Muara Utara itu bukan sahaja akan memberi manfaat kepada peniaga malah juga masyarakat setempat dan para pelancong dengan persekitaran yang bersih, selesa dan kepelbagaian juadah yang ditawarkan.

Selain itu, ia juga bakal meningkatkan ekonomi dan pembangunan di Kuala Terengganu serta Kuala Nerus.

Turut hadir dalam majlis perasmian berkenaan adalah YBhg. Dato' Hj. Rosli bin Latif, Datuk Bandar MBKT, YB. Tuan Hj. Khazan bin Che Mat, Ahli Dewan Undangan Negeri ( Seberang Takir) , Ahli- Ahli Majlis serta pegawai-pegawai MBKT.

MAJLIS PERASMIAN MEDAN SELERA D' MUARA UTARA

[ GALERI FOTO ]