MENU
 

Terima kasih yang tidak terhingga kepada  pihak Kerajaan Negeri Terengganu atas sumbangan beach comber dan traktor kepada Majlis Bandaraya Kuala Terengganu. Komitment pihak Kerajaan Negeri dalam menyelesaikan isu sampah di sepanjang pantai Kuala Terengganu dan Kuala Nerus amat dihargai oleh pihak MBKT.

Majlis penyerahan Beach Comber dan traktor ini telah berlangsung pada 12 Februari 2023 bertempat di Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu. Penyerahan ini telah disempurnakan oleh YB. Dato’ Dr. Alias bin Razak. Turut diadakan demostrasi penggunaan kenderaan tersebut pada hari penyerahan.

Diharap dengan sumbangan ini ia dapat mempercepatkan proses membersihkan kawasan pesisir pantai. Selain itu, diharap MBKT dapat memberikan keselesaan kepada warga bandaraya khususnya untuk beriadah di pesisir pantai.

MAJLIS PENYERAHAN BEACH COMBER DAN TRAKTOR KEPADA MAJLIS BANDARAYA KUALA TERENGGANU

[ GALERI FOTO ]