Majlis Pengakuan Menerima Jawatan Ahli-Ahli Bersekutu Majlis, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) bagi tahun 2024 -2026 telah diadakan di dalam Mesyuarat Majlis, MBKT yang bersidang pada 31 Julai 2024 di Dewan Mesyuarat Alamanda, aras 29, Menara MBKT.
Ahli-Ahli Bersekutu tersebut ialah :
Tuan Hj. Ahmad Azizi bin Zulkifli, Pentadbir Tanah Kuala Nerus
ACP Azli bin Mohd Noor, Ketua Polis Daerah KualaTerengganu
Encik Mohd Ashari bin Muda, Jurutera Daerah JKR Kuala Terengganu
Encik Nik Mohd Mahzan bin Nik Mohd Mahathir, Jurutera Daerah JKR
Kuala Nerus
Dr. Mohd Hanief bin Ahmad, Pegawai Kesihatan Daerah Kuala Terengganu
MBKT merakamkan ucapan tahniah di atas lafaz ikrar mereka menerima jawatan sebagai Ahli-Ahli Bersekutu Majlis, MBKT.
[ GALERI FOTO ]