MENU
 

Alhamdulillah, termetrai sudah penjanjian pembelian tenaga solar diantara Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan TESDEC Green Energy Sdn. Bhd. (TGESB). Majlis ini telah berlangsung di Executive Lounge, Menara MBKT. 

Perjanjian ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Bandar MBKT, Tuan Haji Rosli bin Latif bersama Setiausaha MBKT dan Wakil Ahli Majlis MBKT, manakala daripada pihak TESDEC Green Energy Sdn. Bhd.  terdiri daripada Tuan Haji Shukrimun Bin Shamsudin, Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah, Dr Zakiyah Binti Ahmad, Pengarah Eksekutif dan Tuan Haji Mohd Iskandar bin Muhammad Aziz dengan disaksikan oleh Yang Berhormat Haji Wan Sukairi bin Wan Abdulllah selaku Pengarah Ahli Lembaga TESDEC Berhad.

Menerusi perjanjian ini, MBKT bakal menggunakan Tenaga Solar yang akan menampung penggunaan elektrik di tujuh (7) Premis milik MBKT. Diharap melalui perjanjian ini akan merapatkan lagi hubungan baik dan dapat memberikan manfaat kepada kedua belah pihak.

MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN PEMBELIAN TENAGA SOLAR ANTARA MAJLIS BANDARAYA KUALA TERENGGANU DAN TESDEC GREEN ENERGY SDN. BHD.

[ GALERI FOTO ]