MENU
 

Leftenan Kolonel Mohd Asyafiq bin Abdullah, Pegawai Memerintah Batalion Ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja (Para),Kem Seri Pantai telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg.Dato' Hj.Rosli bin Latif, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) pada 3 Mac 2025 bertempat di Bilik Datuk Bandar.

Beliau baharu mengambil alih tampuk pemerintahan sebagai Pegawai Memerintah mulai bulan Ogos 2024.

Tujuan majlis kunjungan hormat tersebut adalah untuk membincangkan peranan serta aktiviti pasukan secara langsung dan  juga tidak langsung yang akan menyumbang kepada masyarakat di daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.

Turut hadir dalam majlis kunjungan hormat berkenaan adalah Mejar Mohd Aufa bin Baharuddin, Penolong Pegawai Memerintah dan Mejar Mohd Haniff bin Mansor, Pegawai Gerakan Batalion Ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja, Kem Seri Pantai dan Encik Mohd Saiful Bahari bin Ramli, Pengarah Korporat, Kemasyarakatan dan Kualiti MBKT.

MAJLIS KUNJUNGAN HORMAT PEGAWAI MEMERINTAH BATALION KE-18 REJIMEN ASKAR MELAYU DIRAJA (PARA), KEM SERI PANTAI

[ GALERI FOTO ]