MENU
 

Majlis Bandaraya Kuala Terengganu telah mengadakan Majlis Budi Setahun, Segunung Intan bagi  menghargai dan meraikan kakitangan yang banyak memberi sumbangan sepanjang tahun 2018.  Majlis yang berlangsung di Stadium Negeri Kuala Terengganu ini telah diadakan pada 2 Januari 2019. Antara anugerah yang diberikan pada hari tersebut ialah Anugerah Datuk Bandar, Anugerah Khidmat Cemerlang, Anugerah Pekerja Contoh MBKT dan Anugerah Khas Persara. Pada Majlis tersebut juga turut diadakan acara cabutan bertuah untuk kakitangan yang hadir, sebanyak 105 cabutan telah dibuat sepanjang majlis berlangsung. Pasukan koir MBKT tidak ketinggalan untuk menghiburkan orang ramai dan memeriahkan lagi suasana majlis.
 

[ Galeri Foto ]