MENU
 

Majlis Berbuka Puasa Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) bersama anak-anak yatim dan asnaf telah diadakan pada 19 Mac 2025 bertempat di Ruang Legar, Tingkat 6, Menara MBKT.

Dalam majlis ini, seramai 40 anak-anak dari Madrasah Tarbiyah Islamiyah Darul Hijrah telah diraikan dalam suasana penuh kemesraan. MBKT bersama para penaja telah menyampaikan sumbangan berupa pakaian raya, baucar kasut, hamper, kuih-muih, dan duit raya kepada anak-anak yang hadir.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang serta menjayakan majlis ini. Ucapan penghargaan ditujukan khas kepada para penaja yang telah menyampaikan sumbangan:

* Jakel Trading

* ⁠Kasut U

* ⁠Aqua Blast Service & Supplies

* ⁠KOSMAT Berhad

* ⁠Pesisir Muara Management Sdn Bhd

* ⁠Mat Barbershop

Semoga keberkatan Ramadan terus mengiringi kita semua.

#MBKT

#BerbukaPuasa

#PrihatinBersama

#Ramadan1446H

MAJLIS BERBUKA PUASA DATUK BANDAR MBKT BERSAMA ANAK-ANAK YATIM DAN ASNAF 1446H/2025M

[ GALERI FOTO ]