Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Majlis Bandaraya Kuala Terengganu pada 1 Disember 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Alamanda, aras 29, Menara MBKT.
Delegasi lawatan diketuai oleh YBhg. Tuan Hj. Mohammad Zahari bin Haji Samingon, Datuk Bandar MBPJ.
Turut hadir adalah Encik Aznan bin Hj. Hassan, Timbalan Datuk Bandar, Tuan Mohd Fauzi bin Maarop, Timbalan Setiausaha, pengarah-pengarah serta pegawai-pegawai MBPJ.
Taklimat telah disampaikan oleh Puan Nor Nadia Zahira binti Zakaria, Pengarah Kanan Jabatan Khidmat Pengurusan MBKT.
YBhg. Dato' Jusman bin Ibrahim, Datuk Bandar, Encik Nik Mohd Syahrom bin Nik Md. Hashim, Setiausaha MBKT, pengarah-pengarah serta wakil-wakil pihak pekerja Majlis Bersama Jabatan meraikan kunjungan dari MBPJ tersebut.

[ GALERI FOTO ]

