MENU
 

Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) telah mengadakan lawatan ke Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) pada. 8 Disember 2024.

Seramai lebih kurang 50 orang telah menyertai lawatan tersebut yang diketuai oleh Puan Marlina binti Mohamad, Pengarah Jabatan Hasil MPAJ.

Tujuan lawatan adalah untuk mempelajari, berkongsi ilmu dan pengalaman mengenai pengurusan hasil cukai dan hasil bukan cukai, pengurusan akaun tunggakan cukai taksiran di dalam penyata akaun, operasi sita dan proses lelongan (tunggakan cukai taksiran),saluran/kaedah pembayaran dan promosi cukai taksiran kepada pelanggan.

Penyampai-penyampai taklimat adalah Cik Nor Hayatul Hikmah binti Harun Pengarah Jabatan Perbendaharaan, Puan Sr. Zanila binti Ibrahim, Pengarah Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Encik Abd Hadi bin Mamat, Pengarah Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Encik Suhaimi bin Embong, Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Harta MBKT.

Lawatan Dari Majlis Perbandaran Ampang Jaya Ke MBKT

[ GALERI FOTO ]