YBhg. Tuan Hj. Lizan bin Che Mat, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu ( MBKT) telah menerima kunjungan hormat dari YBhg. Tuan Hj. Arzmi bin Abdullah, Pengarah Agensi Antidadah Negeri Terengganu (AADK) pada 1 Mac 2026.
Kunjungan hormat tersebut diadakan di Bilik Datuk Bandar, aras 28, Menara MBKT. Pelbagai cadangan program.kolaborasi bersama MBKT dibincangkan dan bakal direalisasikan dalam masa terdekat.
Turut hadir adalah Penolong-Penolong Pengarah dari Bahagian Pencegahan, Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan, Bahagian Rawatan, Perubatan dan Pemulihan AADK.

[ GALERI FOTO ]

