MENU
 

Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) telah menerima kunjungan dari Majlis Perbandaran Sepang (MPS) pada 22 Januari 2026.

YBhg. Dr Ani binti Ahmad, Yang Dipertua MPS telah melakukan kunjungan hormat kepada YBhg. Dato' Jusman bin Ibrahim, Datuk Bandar MBKT di bilik beliau, aras 28, Menara MBKT.

Lawatan Penandaarasan tersebut yang diadakan di Executive Lounge, aras 30, Menara MBKT adalah berhubung dengan Pengurusan Pentadbiran Koperasi di MBKT.

Encik Wan Marahakim bin Wan Salleh, Pengarah Undang-Undang selaku Pengerusi Koperasi MBKT ( KOSMAT) Bhd.  telah menyampaikan taklimat kepada YBhg. Dr.  Ani binti Ahmad, Yang Dipertua MPS serta delegasi.
 
Turut hadir adalah Ahli-Ahli Lembaga KOSMAT Bhd.

KUNJUNGAN DARI MAJLIS PERBANDARAN SEPANG (MPS)

[ GALERI FOTO ]