MENU
 

Kejohanan MAKSAK Tenpin Bowling Peringkat Negeri Terengganu telah diadakan pada 22 dan 23 Mac 2022 di Coral Crown Bowl, PB Sentral, Kuala Terengganu.

Pasukan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) yang diketuai oleh Pengarah Kanan Khidmat Pengurusan MBKT, Encik Kamal bin Mansor telah mengungguli kategori lelaki dan wanita dalam kejohanan tersebut.

Saudara Aminurrasyid bin Azanudin dan saudari Saadah binti Zamri telah dinobatkan sebagai juara bagi kategori lelaki dan wanita. 3 wakil MBKT berada dikelompok 5 teratas seterusnya layak mewakili negeri ke peringkat kebangsaan.

Tahniah kepada kontijen tenpin bowling MBKT.

[Foto Galeri]