MENU
 

Bersempena Mesyuarat  Agung Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) 2021 yang berlangsung di Pulau Pinang pada 3 hingga 4 Disember 2021 telah diadakan Kejohanan golf dan kejohanan boling dikalangan ahli persatuan. Kejohanan ini diadakan bertujuan mengeratkan hubungan kerjasama dan silaturahim serta semangat kesukanan diantara ahli persatuan.

Pada kejohanan ini pasukan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu telah berjaya mendapat tempat sebagai Naib Johan bagi kejohanan boling acara trio, dimana sebanyak 78 pasukan daripada Pihak Berkuasa Tempatan(PBT) seluruh Malaysia turut bertanding.

Kejohanan golf yang turut berlangsung telah menyaksikan pasukan MBKT mendapat tempat ketiga bagi kejohanan tersebut. Tahniah diucapkan kepada pasukan MBKT dan teruskan semangat juang anda dan terus harumkan nama MBKT diperingkat yang tertinggi.

#MBKT
#KualaTerengganu
#PatuhiSOP
#KitaJagaKita

KEJOHANAN GOLF DAN KEJOHANAN BOLING MALA

[ Galeri Foto ]