MENU
 

Majlis Bandaraya Kuala Terengganu telah mengambil bahagian di dalam Karnival ICT yang telah dirasmikan oleh YAB. Dato' Seri Hj. Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu pada 13 hingga 15 Februari 2014 di Pusat Dagangan Terengganu. Beberapa pengisian yang dipamerkan adalah mengenai sistem-sistem yang digunapakai di MBKT, antaranya ialah sistem e-pbt iaitu sistem hasil, sistem bukan hasil dan sistem perakaunan. Selain itu, orang ramai juga boleh melayari laman web rasmi MBKT serta membuat semakan secara online bagi cukai pintu, kesalahan tempat letak kereta dan status aduan. Pameran yang berlangsung selama 3 hari itu telah berjaya memberikan banyak maklumat kepada para pengunjung.

img

img