MENU
 

img

Pada 23 Mei 2015 yang lepas telah diadakan Hari Keluarga Majlis Bandaraya Kuala Terengganu di Stadium Nasiruddin Shah Kuala Terengganu. Pendaftaran bermula seawal jam 7.30 pagi dan berakhir pukul 3.00 petang. Seramai 4000 orang kakitangan berserta ahli keluarga telah hadir bagi memeriahkan Hari Keluarga Majlis Bandaraya Kuala Terengganu. Kesemua kakitangan dibahagikan kepada lapan pasukan iaitu pasukan Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Marang, Setiu, Besut, Kemaman, Dungun dan Hulu Terengganu.

Pelbagai acara telah diadakan antaranya pertandingan tiup belon sampai pecah berkumpulan, lari dalam guni, isi air dalam botol guna span, boling nyiur, lumba terompah gergasi, balingan kasih sayang, lumba gelek tayar motosikal, lumba gelek tayar kereta dan rebut gula-gula. Hampir kesemua kakitangan dan ahli keluarga menyertai pertandingan sukaneka, pelbagai gelagat daripada peserta dapat dilihat ketika pertandingan berlangsung. Hadiah menarik turut diesediakan untuk pemenang pertandingan.Turut diadakan acara cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah yang menarik antaranya mesin basuh, peti sejuk, televisyen, basikal dan lain-lain.

Sambutan Hari Keluarga Majlis Bandaraya Kuala Terengganu berjaya mengukuhkan hubungan silaturahim diantara kakitangan dengan keluarga. Sehubungan dengan itu, program seperti ini amat memberi manfaat kepada seluruh warga kerja Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.

[ Galeri Foto ]