MENU
 

Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) mengadakan Majlis Perasmian Hari Cuci Malaysia: Program Pembersihan Mega Sempena World Clean Up Day 2024 peringkat Daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus pada 28 September 2024 di Dataran Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu dan ianya dilaksanakan serentak seluruh PBT di Malaysia. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Seri Bijaya Raja, Setiausaha Kerajaan Terengganu.

Majlis ini turut dihadiri oleh Yang Berbahagia Dato' Haji Ishamudin bin Hashim, Pengarah Tanah dan Galian Terengganu, Yang Berbahagia Dato' Haji Rosli bin Latif, Datuk Bandar MBKT, Yang Berusaha Tuan Haji Yusaini Amir bin Mohamad Nor, Setiausaha Bahagian (Kerajaan Tempatan) Negeri Terengganu, Yang Berusaha Encik Nik Mohd Syahrom bin Nik Md Hashim, Setiausaha MBKT, Ahli Majlis,pegawai dan kakitangan MBKT.

Program anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) ini adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat dan komuniti di setiap peringkat mengenai kepentingan dan tanggungjawab terhadap kebersihan awam.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat menjayakan Hari Cuci Malaysia: Program Pembersihan Mega Sempena World Clean Up Day 2024 peringkat Daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.

HARI CUCI MALAYSIA: PROGRAM PEMBERSIHAN MEGA SEMPENA WORLD CLEAN UP DAY 2024 PERINGKAT DAERAH KUALA TERENGGANU DAN KUALA NERUS.

[ GALERI FOTO ]