Warung ini terletak bersebelahan dengan hentian bas yang juga berada di tepi kubur di Kampung Atas Tol.Maka tidak hairanlah warung Nasi Dagang Atas Tol ini lebih dikenali penduduk tempatan dengan nama gerai tepi kubur kerana kedudukannya yang bersebelahan dengan tanah perkuburan itu.

Selain Nasi dagang, di sini juga terdapat nasi kapit, nasi minyak ayam kampung, laksam serta beraneka jenis kuih muih tempatan.