MENU

Operasi disinfeksi sesi pertama pasar awam oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Terengganu diadakan malam ini melibatkan 7 buah pasar awam iaitu Pasar Kedai Payang 2, Pasar Permint Jaya, Pasar Bukit Besar, Pasar Kampung Laut, Pasar Gelugor, Pasar Kedai Buluh dan Pasar Kepung. Operasi bermula pada pukul 9.00 malam dan dijangka tamat tengah malam ini.