MENU
 

Penduduk di sini juga kaya dengan seni budaya tradisional yang tersendiri. Seni dan permainan tradisional seperti seni silat, gamelan, ulik mayang dan permainan wau adalah antara seni warisan yang tetap dipertahankan. Keunikan seni peninggalan generasi terdahulu ini tetap menjadi tarikan pelancong yang mengunjungi Bandar ini.

Dari sebuah perdagangan dan penyebaran Islam utama di zaman silam, Kuala Terengganu kini terus mengalami pembangunan yang pesat sekaligus membawa bersama kemakmuran dan kesejahteraan yang menjadi harapan dan kebanggaan seluruh rakyatnya.

Justeru itu pada hari ini, 1 Januari 2008, Kuala Terengganu telah diberi pengiktirafan sebagai Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Bandaraya Warisan Pesisir Air.

Semoga Bandaraya Kuala Terengganu akan terus membangun untuk menjadi sebuah bandaraya yang terbilang. Ya Allah peliharakanlah Bandaraya Warisan Kuala Terengganu.

 Proses Penubuhan MBKT