Program Pagi Bebas Kenderaan yang diadakan setiap bulan pada minggu ketiga anjuran Majlis Bandaraya Kuala Terengganu tetap berjalan dengan lancar pada 20 Januari 2018. Hujan lebat pada pagi itu tidak menghalang orang awam untuk sama-sama memeriahkan Pagi Bebas Kenderaan yang diadakan di Lagun Kuala Ibai, Kuala Terengganu. Turut hadir pada program tersebut, Setiausaha dan pengarah-pengarah MBKT yang menyertai aktiviti-aktiviti yang diadakan. Program santai ini dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik seperti senamrobik, berjalan kaki, pemeriksaan kesihatan secara percuma dan cabutan bertuah.
[ Galeri Foto ]