Pada 6 September 2017 yang lepas, telah diadakan Program KT City Ride 2017 bertempat di Dataran Pantai Batu Burok. Seramai 500 peserta membabitkan pegawai dan kakitangan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, agensi luar dan warga Bandar raya ini menyertai kayuhan berbasikal sejauh 6.5km.Turut hadir sama pada Program tersebut Pemangku Datuk Bandar, Tuan Haji Samiun bin Salleh. Antara tujuan lain program ini diadakan bagi memperkenalkan oBike, Perkhidmatan Perkongsian Basikal Tanpa Stesen. Kemudahan ini selaras dengan visi Kerajaan Pusat dan Negeri bagi mengurangkan penggunaan kenderaan dan meminimumkan kadar pelepasan karbon untuk memelihara alam sekitar. Langkah ini dapat meningkatkan kualiti hidup dan mempromosikan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat di bandar raya ini.
[ Galeri Foto ]