Sempena dengan hasrat Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk menyiarkan siaran langsung Mesyuarat Penuh Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) telah terpilih untuk tujuan tersebut bagi Fasa II. Siaran percubaan telah diadakan bagi Mesyuarat Majlis Bil3/2017 yang berlangsung pada 26 Mac 2017 jam 2.30 petang. Siaran berikutnya adalah pada 23 April 2017 jam 2.30 petang.
Siaran secara langsung Mesyuarat Majlis ini akan diteruskan dari semasa ke semasa. Sila layari http://online.mbkt.gov.my/live/ untuk menonton siaran tersebut serta untuk mendapatkan jadual terkini siaran langsung berikutnya. Aplikasi ini adalah menggunakan platform youtube. Sila pastikan anda mempunyai capaian ke internet untuk mnyaksikan siaran ini. Siaran ini juga boleh ditonton menerusi website youtube.com melalui pautan berikut: https://youtu.be/oW2Q9O33AGI