Kejohanan lumba basikal bertaraf antarabangsa akan berlangsung pada 22/02/2017 sehingga 01/03/2017. Ianya melibatkan beberapa negeri dan daerah di dalam semenanjung Malaysia.
Penutupan jalan secara berperingkat akan dilaksanakan oleh PDRM dengan kerjasama kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan bagi melancarkan pergerakan lalulintas dan keselamatan di lokasi dan laluan yang terlibat.
Peringkat 1 : Kuala Berang ke Kuala Terengganu.
Lokasi pelepasan : Pasar Besar, Kuala Berang.
Masa pelepasan : 11.00 pagi.
Lokasi penamat : Dataran Shah Bandar, K/Terengganu.
Jangkaan masa
sampai : 2.01 petang.
Tarikh : 22/02/2017.
Hari : Rabu.
Daerah terlibat : Kuala Berang dan Kuala Terengganu.
Antara kawasan-kawasan yang akan dilalui adalah.
PASAR BESAR KUALA BERANG.
Kampung Gaung | Kampung Telaga | Kampung Tajin | Kg.Paya Akob | Kampung Bukit Acheh | Kampung Matang | Kampung Kepah | Kampung Tekawang | Kampung Tok Lawit | Kg.Pasir Simpul | Kampung Chapu | Kampung Kuala Jeneris | Kampung Pasir Dula | Kampung Basung | Gerdong | Pelong | Kampung Langkap | Kg.Sungai Tong | Kg.Belara | Kg.Pakoh Jaya | Kg.Sungai Ikan | Kg.Gemuruh | Kg.Bukit Guntung | Kg.Tepuh | Kg.Bukit Berangan | Kg.Padang Air | Kg.Tok Jiring | Kg.Batu Enam | Kg.Pak Katak | Kg.Tebauk | Jalan Kemajuan | Jalan Cerong Lanjut | Jalan Sultan Omar | Jalan Sultan Ismail | Jalan Sultan Mahmud | Jalan Persinggahan | Jalan Sultan Zainal Abidin |
DATARAN SHAH BANDAR KUALA TERENGGANU.
PUSINGAN DI BANDAR KUALA TERENGGANU :
Pasar Payang | Jalan Kota | Jalan Kampung Daik | Jalan Masjid Abidin | Jalan Sultan Ismail | Jalan Balik Bukit | Jalan Hiliran | Jalan Tok Ku | Jalan Kemajuan (Bersambung dengan laluan masuk perlumbaan - 5.4km dari garis Tamat) | Jalan Cerong Lanjut | Jalan Omar | Jalan Sultan Ismail |Jalan Sultan Mahmud | Jalan Persinggahan | Jalan Sultan Zainal Abidin | DATARAN SHAH BANDAR KUALA TERENGGANU.
• Sila rancang laluan perjalanan bagi mengelakkan kesesakan lalulintas.
• Gunakan laluan alternatif.
• Rancang waktu perjalanan pada hari tersebut.
• Letakkan kenderaan di tempat yang telah ditetapkan di lokasi pelepasan dan penamat.
• Patuhi arahan petugas PDRM dan pasukan sokongan yang menjalankan tugas.
• Dapatkan maklumat dari Ibu Pejabat Polis Daerah yang terlibat.