MENU
 

img

img

Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Program Pembasmian Kemiskinan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan tersebut telah diadakan pada 21 November 2014 jam 8.00 pagi bertempat di TH Hotel and Convention Centre, Kuala Terengganu. Seramai lebih kurang 300 orang Datuk Bandar/ Yang Dipertua/ Wakil telah menghadiri mesyuarat berkenaan yang berlangsung selama setengah hari dan diikuti dengan lawatan tapak ke Projek-Projek Pembasmian Kemiskinan Bandar di sekitar Bandaraya Kuala Terengganu.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Seri Arpah binti Abdul Razak, Ketua Setiausaha Kementerian berkenaan. Turut hadir dalam mesyuarat berkenaan ialah YBhg. Dato' Halimi bin Abd. Manaf, Timbalan Ketua Setiausaha dan Puan Hafidzah binti Hassan, Setiausaha Bahagian, Bahagian Kesejahteraan Bandar. YBhg. Encik Marzuki bin Endut telah membacakan teks ucapan YBhg. Dato' Hj. Adzlan bin Mohd Dagang, Datuk Bandar MBKT dan mengalu-alukan kunjungan delegasi Pihak Berkuasa Tempatan seluruh Malaysia ke Kuala Terengganu.

[ Galeri Foto ]