MENU
Image resize threshold of 10 remote images has been reached. Please use fewer remote images.
 

Bengkel Strategi dan Pelan Tindakan Hasil Tahun 2025 telah diadakan pada 16 Disember 2024 bertempat di Bilik Latihan 3 dan 4, aras 6, Menara MBKT.

Seramai 60 orang peserta terdiri dari Ahli-Ahli Majlis, Pengarah-Pengarah serta Pegawai-Pegawai MBKT terlibat dalam bengkel berkenaan.

Tujuan bengkel diadakan adalah untuk membincangkan tentang hasil cukai pintu, hasil sewaan, hasil lesen, hasil kebersihan, hasil kawalan bangunan - permit dan proses pelan, hasil perancangan bandar - KM caj pemajuan, hasil caruman pembangunan, hasil kompaun - penguatkuasaan dan hasil perkhidmatan letak kereta MBKT.

YBhg. Dato' Hj. Rosli bin Latif, Datuk Bandar MBKT telah menyampaikan ucapan alu-aluan di bengkel tersebut.Turut hadir adalah Encik Nik Mohd Syahrom bin Nik Md Hashim, Setiausaha MBKT.

Bengkel Strategi dan Pelan Tindakan Hasil Tahun 2025

[ GALERI FOTO ]