YBrs. Tuan Ismadi bin Sakirin, Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosioekonomi, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur berserta delegasi telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) pada 31 Julai 2024 bertempat di aras 6, Menara MBKT.
Tujuan lawatan tersebut adalah untuk mendapatkan pendedahan dan maklumat berkaitan kaedah pengurusan Pasar Payang terutama daripada segi caj sewaan premis dan perkara-perkara lain yang berkaitan.
Lawatan berkenaan telah ditaklimatkan oleh Tuan Hj. Zakaria bin Salleh, Ketua Bahagian Pelesenan, Jabatan Kesihatan Persekitaran, MBKT.