MENU
 

Yang Berhormat Ustaz Wan Sukairi bin Wan Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Negeri Terengganu telah mengadakan lawatan kerja ke MBKT pada 20 Ogos 2023. Turut hadir sama Yang Berhormat Ir. Saiful Azmi bin Suhaili, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan.

Taklimat disampaikan oleh YBrs. Tuan Haji Rosli bin Latif, Datuk Bandar MBKT berkenaan perancangan MBKT dalam melestarikan bandaraya dan perancangan yang bakal dilaksanakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Ustaz Wan Sukairi bin Wan Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Negeri Terengganu dan Yang Berhormat Ir. Saiful Azmi bin Suhaili, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan kerana sudi meluangkan masa ke Menara MBKT.

LAWATAN KERJA PENGERUSI JAWATANKUASA KESIHATAN, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN KE MAJLIS BANDARAYA KUALA TERENGGANU

[ GALERI FOTO ]