MENU
 

Majlis Penyerahan Projek Kompleks Pentadbiran Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) oleh pihak JKR telah berlangsung dengan jayanya pada
8 Disember 2022 di hadapan 100 orang tetamu terdiri daripada kakitangan JKR, MBKT dan wakil pihak kontraktor.

Dokumen penyerahan ini telah disempurnakan dan ditandatangan oleh
Yang Berhormat Mulia Tengku Seri Bijaya Raja, Setiausaha Kerajaan Terengganu bersama YBrs Ir. Haji Md.Ridzwan bin C.Chik, Pengarah Kerja Raya Negeri Terengganu dan dokumen tersebut diserahkan kepada
YBhg. Tuan Haji Rosli bin Latif, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.

Turut hadir sama di majlis tersebut Tuan Haji Yusaini Amir bin Mohamad Nor, Setiausaha Bahagian(Kerajaan Tempatan) dan Encik Ahmad Ridzwan bin Abd. Rahman
Timbalan Pengarah Sektoral
UPEN Terengganu.

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK KOMPLEKS PENTADBIRAN MAJLIS BANDARAYA KUALA TERENGGANU

[ GALERI FOTO ]