MENU
 

Kejohanan Berbasikal MAKSAK Terengganu 2022 kelolaan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu telah berlangsung semalam 1 Oktober 2022 di Bandar Al Wathiqu Billah,Kuala Nerus menyaksikan beberapa jaguh basikal negara turut menyertai kejohanan. Kejohanan yang julung kali diadakan ini adalah satu platfom untuk Pasukan Berbasikal MAKSAK Terengganu memilih wakil pasukan ke kejohanan peringkat kebangsaan yang akan berlangsung dalam masa terdekat. Pasukan MBKT telah mendominasi beberapa acara yang dipertandingkan.
 
Hadiah kejohanan disampaikan oleh YB. Dato' Hj. Rozali bin Salleh, Pegawai Kewangan Negeri, Tuan Haji Rosli bin Latif, Datuk Bandar MBKT, Encik Sukeri bin Ibrahim, Setiausaha MBKT dan Encik Shahrizal bin Yahaya, Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu.

MBKT selaku penyelaras kejohanan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pasukan yang bertanding dan tahniah kepada pemenang.

KEJOHANAN BERBASIKAL MAKSAK TERENGGANU 2022 KELOLAAN MAJLIS BANDARAYA KUALA TERENGGANU

[ GALERI FOTO ]