Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas dan surat daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Bil. SUK.TR.572/344 Jilid 5- (64) dengan ini memaklumkan semua pengusaha perniagaan pasaraya tidak dibenarkan menjalankan sebarang aktiviti perniagaan pada Hari Raya Pertama Aidil Adha.
Sehubungan dengan itu. pihak Majlis memohon kerjasama daripada pihak tuan/ puan untuk memastikan supaya sebarang aktiviti perniagaan tidak beroperasi pada hari tersebut. Jika di dapati pihak tuan/ puan GAGAL mematuhi arahan ini, tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap tuan/ puan berpandukan undang-undang yang diguna pakai di Majlis dan diikuti dengan tindakan pembatalan lesen.
Kerjasama daripada tuan/ puan amatlah kami hargai.