Adalah dengan hormatnya perkara di atas di rujuk dan pekeliling daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Bil. SUK.TR.572/344 Jilid 5- (44) dengan ini memaklumkan tidak membenarkan semua pengusaha perniagaan pasaraya menjalankan sebarang aktiviti perniagaan pada hari raya pertama Aidilfitri dan hari raya pertama Aidiladha bermula tahun ini.
Sehubungan dengan itu. pihak Majlis memohon kerjasama daripada pihak tuan/ puan untuk memastikan supaya sebarang aktiviti perniagaan pasaraya tidak beroperasi pada hari tersebut. Jika di dapati pihak tuan/ puan gagal mematuhi arahan ini, tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap tuan/ puan berpandukan undang-undang yang diguna pakai di Majlis dan diikuti dengan tindakan pembatalan lesen.
Kerjasama daripada tuan/ puan amatlah kami hargai.