Adalah dengan ini memberitahu bahawa sempena menghormati kemuliaan bulan Ramadan Al Mubarak, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu telah membuat ketetapan sebagaimana berikut :
Sepanjang bulan Ramadan AL Mubarak 1440H, semua aktivlti pemiagaan makanan dan minuman yang melibatkan pengusaha, pemilik dan pelanggan beragama Islam, TIDAK DIBENARKAN memulakan perniagaan SEBELUM JAM 3.00 PETANG.
Kepada pengusaha, pemilik perniagaan makanan dan minuman bukan Islam, DILARANG MEMBENARKAN pelanggan yang beragama Islam makan dan minum di premis tuan/puan pada waktu siang hari di sepanjang bulan Ramadan ini.
Mana - mana pengusaha, pemilik pemiagaan makanan dan minuman yang gagal mematuhi pemberitahuan ini adalah melakukan suatu kesalahan dan jika disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi Dua Ribu Ringgit atau penjara selama tidak lebih satu tahun atau kedua - duanya sekali.