1. Restoran Mat Binjai
Penjelajahan mencari tempat makan terbaik di Kuala Terengganu dimulakan di Restoran Mat Binjai yang terletak di tengah bandar Kuala Terengganu iaitu di Jalan Sultan Sulaiman, Restoran ini menyediakan masakan tradisi Terengganu untuk makan tengahari.
Apa yang istimewa tentang Restoran Mat Binjai ini ialah ia menyediakan masakan berhidang yang disajikan ala makanan minang ataupun nasi padang. Masuk saja ke dalam restoran ini, pelayan akan menyajikan hidangan semua lauk-pauk yang ada di situ. Kita boleh memilih apa sahaja yang kita berkenan untuk dimakan.
Apa yang istimewa tentang Restoran Mat Binjai ini ialah ia menyediakan masakan berhidang yang disajikan ala makanan minang ataupun nasi padang. Masuk saja ke dalam restoran ini, pelayan akan menyajikan hidangan semua lauk-pauk yang ada di situ. Kita boleh memilih apa sahaja yang kita berkenan untuk dimakan.
2. Warung Pok Nong
Kalau bercuti ke Terengganu jika tak makan ikan celup tepung dan sotong celup tepung di sana memang tak sah. Terdapat banyak warung yang sedap dan menjadi tumpuan ramai terutamanya di waktu petang. Warung Pok Nong merupakan salah satu daripadanya. Perniagaan Warung Pok Nong bermula sejak 20 tahun dahulu. Sejak Warung Pok Nong disiar dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan, pelanggan Warung Pok Nong kian bertambah. Warung Pok Nong yang terletak di Mengabang Telipot menerima jumlah pelanggan yang luar biasa setiap hari. Mesti beratur untuk mendapatkan ikan dan sotong celup tepung.
Alamat : Jalan Pantai A1693, Kampung Kolam Mengabang Telipot
No. Tel : 09-6127655 / 0133517262
Waktu operasi : 3.30 petang – lewat petang
Alamat : Jalan Pantai A1693, Kampung Kolam Mengabang Telipot
No. Tel : 09-6127655 / 0133517262
Waktu operasi : 3.30 petang – lewat petang
4. Western Food Hazlan Bistro
Hazlan Bistro merupakan restoran yang dimiliki oleh Dato’ Hazlan Ismail. Selain dari restoran, beliau juga merupakan pemilik Hazlan Indoor Soccer. Restoran western dan gelanggang futsal ini terletak bersebelahan sahaja. Hazlan Bistro menyediakan pelbagai jenis masakan seperti makanan ala-thai, western, sizzling dan juga steamboat.
Alamat : Hazlan Bistro 4097, Jalan Haji Abdul Rahman Limbong,Kampung Banggol, Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu.
Waktu Operasi : Setiap hari 4.30pm – 1.30am
Untuk tempahan :09-631 4333 / 09-688 0000
Alamat : Hazlan Bistro 4097, Jalan Haji Abdul Rahman Limbong,Kampung Banggol, Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu.
Waktu Operasi : Setiap hari 4.30pm – 1.30am
Untuk tempahan :09-631 4333 / 09-688 0000
5. Keropok Lekor Bukit Tok Beng BTB 2209
Keropok lekor merupakan makanan yang sangat popular di Terengganu. Keropok lekor Terengganu terkenal dengan ramuan isi ikan yang lebih banyak berbanding yang dijual di Kuala Lumpur atau tempat lain. Selain Keropok Losong memang popular dan sering menjadi bualan, kini Keropok Lekor Bukit Tok Beng BTB2209 pula menjadi pilihan pengunjung luar amhupun penduduk setempat dek kerana keenakan rasanya.
Alamat : Seberang Takir,21300 Kuala Terengganu
No. tel : 012-562 0748
Website : www.btblekor.com.my
Waktu Operasi: 9 pagi – 6 petang
No. tel : 012-562 0748
Website : www.btblekor.com.my
Waktu Operasi: 9 pagi – 6 petang
6. Air Buah Gelas Besar
Satu lagi tempat makan 'wajib singgah' kalau datang ke Terengganu ialah air buah gelas besar yang terletak di Kampung Seberang Takir. Orang ganu gelarkan air buoh pior. (pior = pure bermaksud asli).Menu utama tentulah air buah. Harga setiap air berdasarkan saiz gelas samada gelas kecil, sederhana atau besar. Hargapun sangat murah. Sebenarnya di Kg. Seberang Takir ini terdapat 2 buah kedai air buah gelas besar. Satu kedai tu, betul-betul di tepi jalan utama dan sebuah kedai lagi agak ke dalam (berhadapan pusat latihan KEMAS). Selain meehun sup, lain-lain makanan seperti sate, nasi dagang/nasi minyak, keropok goreng, roti canai dan banyak lagi hidangan masakan panas.
7. Restoran Lempeng
Terletak di Marang (jalan utama Kuala Terengganu - Kuantan melalui jalan pesisir pantai) kita mesti akan lalu di restoran ini.Apa yang istimewa di sini tentulah lempeng. Bahan asas iaitu tepung dicampung dengan isi kelapa (separa muda), santan, berserta sedikit gula dan garam, cicah sambal bilis. Selain lempeng, boleh cuba ketupat sotong, nasi dagang, nasi minyak dan kalau order air jangan lupa cuba air tuak tau.
8. Nasi Dagang Atas Tol
Warung ini terletak bersebelahan dengan hentian bas yang juga berada di tepi kubur di Kampung Atas Tol.Maka tidak hairanlah warung Nasi Dagang Atas Tol ini lebih dikenali penduduk tempatan dengan nama gerai tepi kubur kerana kedudukannya yang bersebelahan dengan tanah perkuburan itu.Selain Nasi dagang, di sini juga terdapat nasi kapit, nasi minyak ayam kampung, laksam serta beraneka jenis kuih muih tempatan.