MENU
 

YBhg. Tuan Hj. Lizan bin Che Mat, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu ( MBKT) telah menerima kunjungan hormat oleh Encik Mas Midyawan bin Yahya, Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) pada 17 Mac 2026 bertempat di Bilik Datuk Bandar, aras 28, Menara MBKT.

Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan itu turut mempengerusikan Mesyuarat Pemantauan Projek tahun 2025 dan MyKiosk di bawah Peruntukan Pembangunan BP.1 melibatkan semua Pihakberkuasa Tempatan Negeri Terengganu.

Mesyuarat tersebut bertujuan meneliti kemajuan pelaksanaan projek, mengenal pasti isu pelaksanaan serta memastikan projek berjalan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Selain itu,   lawatan tapak ke Pasar Payang (penambahan tangga dan penghadang angin) serta Pasar Bukit Besar yang dilaksanakan di bawah peruntukan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) turut diadakan bagi menilai status pelaksanaan serta memastikan kerja-kerja pembinaan mematuhi spesifikasi dan perancangan yang telah diluluskan.

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH JKT KE MBKT

[ GALERI FOTO ]