MENU
 

Sebagai penghayatan di bulan Ramadhan yang mulia dan penuh keberkatan ini, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) telah mengambil  kesempatan mengadakan Ceramah Integriti dengan tajuk "Insan-Insan Yang Berjaya Di Bulan Ramadhan".

Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Syed Mohd Norhisham bin Tuan Padang Al- Idrus.

Turut hadir adalah Puan Nor Nadia Zahira binti Zakaria, Pengarah Kanan Khidmat Pengurusan MBKT, Puan Harni binti Abdul Razak, Pegawai Undang-Undang selaku Pegawai Integriti MBKT, pegawai-pegawai serta kakitangan MBKT.

CERAMAH INTEGRITI: INSAN-INSAN YANG BERJAYA DI BULAN RAMADHAN

[ GALERI FOTO ]