Pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ( KPKT) yang diketuai oleh Puan Ir. Ts. Wan Azura binti Wan Mohd Nasir, Pengarah Bahagian Kerajaan Tempatan merangkap Ketua Pasukan Reka Bentuk serta beberapa orang pegawai KPKT telah mengadakan lawatan tapak kali ke-2 ke Pasar Borong Gong Pauh, Kuala Terengganu pada 12 November 2025.
Lawatan tersebut juga dihadiri oleh Encik Mohd Zahiruddin bin Zakaria, Pengarah Kejuruteraan dan Infrastruktur Awam MBKT, Encik Wan Mohd Adzlan bin Wan Adnan, Pengarah Kontrak dan Ukur Bahan MBKT dan Puan Zanila binti Ibrahim, Pengarah Penilaian dan Pengurusan Harta MBKT.
Tujuan lawatan adalah untuk menyelaras isu-isu teknikal yang berbangkit di lapangan selari dengan penjurian mereka bentuk Pasar Borong Gong Pauh pada 6 November 2025 di Bilik Mesyuarat aras 30, Menara MBKT.

[ GALERI FOTO ]

