MENU
 

Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) telah menerima lawatan sambil belajar dari pensyarah serta pelajar-pelajar Universiti Geomatica Malaysia pada 3 September 2025.

Lawatan tersebut diadakan di Bilik Mesyuarat,  aras 6, Menara MBKT. Ia bertujuan untuk mendapatkan pendedahan mengenai input teknikal dan garis panduan pembangunan yang berkaitan dgn tapak projek.

Pelajar-pelajar tersebut telah ditaklimatkan oleh Jabatan Perancang Bandar dan Jabatan Kawalan Bangunan.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR PELAJAR-PELAJAR UNIVERSITI GEOMATICA MALAYSIA KE MBKT

[ GALERI FOTO ]