Untuk makluman,pihak Majlis menawarkan perkhidmatan kutipan sampah pukal di kediaman dengan bayaran
RM 4.00/sebulan @ RM 48.00 /setahun kepada pemegang akaun perkhidmatan kutipan rumah ke rumah. Kutipan akan dilaksanakan sekali seminggu mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Perkhidmatan yang ditawarkan hanyalah sisa pukal terdiri daripada sampah kebun seperti dahan kayu,ranting, tumbuhan menjalar, rumput atau akar yang melekat dengan tanah dan apa - apa sisa yang serupa lain dari taman atau kawasan mana - mana premis.
Permohonan boleh dibuat bermula 1 Mac 2025 di Jabatan Kesihatan Persekitaran MBKT di Tingkat 20, Menara MBKT. Pihak MBKT akan mengeluarkan pelekat bagi premis yang telah membuat bayaran.
Sebarang pertanyaan/aduan bolehlah berhubung ditalian 09-6121546.