Satu program gotong-royong yang melibatkan kolaborasi beberapa Jabatan di MBKT, peniaga pasar kedai payang, kontraktor kebersihan dan juga Polis Di Raja Malaysia (PDRM) telah diadakan di Pasar Payang pada 16 Jun 2025.
Tujuan gotong-royong tersebut adalah untuk membersihkan semua sisa-sisa sampah yang telah ditinggalkan oleh peniaga buah-buahan dan makanan ringan setelah berpindah ke lot/kedai yang ditawarkan oleh Majlis. Selain itu, Kawasan ini juga tidak dibenarkan menjalankan apa-apa aktiviti jualan.
[ GALERI FOTO ]