Majlis perjumpaan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dengan warga kerja telah diadakan pada 16 Januari 2025 bertempat di Dewan Auditorium, aras 3, Menara MBKT.
Beberapa amanat awal tahun baru telah disampaikan oleh YBhg. Dato' Hj.Rosli bin Latif, Datuk Bandar MBKT kepada semua warga kerja Majlis Bandaraya Kuala Terengganu. Warga kerja juga melakukan bacaan ikrar perkhidmatan awam di dalam perjumpaan tersebut.
Turut diraikan adalah 29 orang pesara dan 4 orang pegawai yang telah dan akan bertukar dari organisasi MBKT ini.
[ GALERI FOTO ]