MENU
 

Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) telah melaksanakan Program Local Agenda 21 iaitu penanaman pokok-pokok teduhan sebagai tanaman penghadang angin di Taman Awam Kuala Nerus, Terengganu.

Program yang telah diadakan pada 10 Oktober 2024 itu telah dirasmikan oleh YBhg. Tuan Hj. Wan Mokhtar @ Moxtor bin Wan Kadir, Ketua Whip Ahli-Ahli Majlis MBKT.

Dalam ucapan perasmian, beliau menekankan bahawa program berkenaan merupakan salah satu inisiatif penting dalam memelihara alam sekitar dan menambaihbaik ekosistem setempat kerana pokok-pokok tersebut akan menyerap karbon dioksida yang berlebihan dan seterusnya menyumbang kepada kualiti udara yang lebih baik.

MBKT merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Tuan Hj. Mohd Zainal bin Mohd Nor, Ketua Penolong Setiausaha Kanan, mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang telah memperuntukkan sebanyak RM27,000 bagi penanaman100 pokok di daerah Kuala Nerus.

Sesungguhnya sumbangan tersebut amat bermakna dalam menyokong usaha menambaik kawasan hijau dan melindungi alam sekitar.

Turut hadir di program berkenaan ialah Ir. Ts. Encik Nik Mohd Mahzan Bin Nik Mohd Mahathir, Jurutera Daerah JKR Kuala Nerus serta Ahli-Ahli Majlis MBKT.

LOCAL AGENDA 21: PENANAMAN POKOK TEDUHAN DI TAMAN AWAM KUALA NERUS

[ GALERI FOTO ]