CARA DAFTAR DAN MENGGUNAKAN MYBSN ONLINE BANKING
Mendaftar MYBSN dan dapatkan I-PIN di mesin ATM
- Anda perlu pergi ke mesin ATM BSN berdekatan dan cucuk kad BSN.

- Pilih perbankan SMS/Internet, dan kemudian tekan pada pendaftaran internet.

- Masukkan nombor telefon anda yang sah. Nombor telefon ini perlu apabila anda meminta TAC (transaction authorisation code) di laman web myBSN.

- Anda perlu memasukkan nombor I-PIN sebanyak 6 angka. Pilih sendiri nombor yang anda mahu. Nombor I-PIN ini akan digunakan apabila anda mendaftar di laman web myBSN selepas ini.

- Selepas pendaftaran I-PIN anda berjaya, anda boleh bersetuju kepada langkah seterusnya, iaitu mendaftar di laman web


