Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan Daerah Kuala Terengganu 2035 Dan Draf Rancangan Tempatan Daerah Kuala Nerus 2035 telah diadakan di Dewan Tunku Abdul Rahman pada 16 Oktober 2018 jam 2 petang.
Program tersebut dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar.
Hadir sama pada Majlis tersebut Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dan wakil daripada Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Terengganu.