MENU
 

Perintah Lalulintas Jalan (Tempat Letak Kereta) MBKT

KESALAHAN

  1. Meletak kenderaan atau menyebabkan atau membenarkan sesuatu kenderaan menunggu di mana-mana jalan atau sepanjang jalan selain daripada Tempat Letak Kereta

  2. Meletak kenderaan melintangi mana-mana garisan petak letak kereta atau meletak kenderaan di luar petak kereta.

  3. Meletak kenderaan dengan tidak mengikut arah perjalanan lalulintas yang biasa dan tidak mematuhi tanda dan isyarat lalulintas.

  4. Meletak kenderaan di sesuatu tempat letak kereta atau petak letak kereta sepanjang masa yang ditetapkan tanpa membayar caj yang ditetapkan bagi tempoh dimana kenderaan itu boleh diletak.

  5. Di petak letak kereta bermeter.
    Tidak memasukkan syiling atau syiling-syiling ke dalam ke dalam meter letak kereta sebagaimana ditunjukkan pada meter letek kereta itu yang sama nilainya dengan amaun yang ditetapkan bagi tempoh dimana kenderaan itu boleh diletak.

  6. Di petak letak kereta berkupon.
    Tidak mempamerkan kupon letak kereta yang sah di ruang hadapan kenderaan yang boleh dilihat dengan jelas.

  7. Meletak atau membenarkan atau menyebabkan kenderaan diletakkan di petak letak kereta rezab.

  8. Mengahalang atau menyebabkan dihalang mana-mana tempat letak kereta atau petak letak kereta.

  9. Menggunakan mana-mana tempat letak kereta atau petak letak kereta bagi maksud menjalankan apa-apa perdagangan atau perniagaan.

  10. Membasuh atau mencuci atau menyebabkan atau membenarkan supaya dibasuh arau dicuci mana-mana kenderaan yang diletakkan di suatu tempat letak kereta atau petak letak kereta.

  11. Membuang atau menyebabkan dibuang apa-apa resit atau notis yang dikeluarkan seseorang Atendan Letak Kereta bertugas.

  12. Mengalih atau mengetuk atau mengganggu atau mengusik atau menampal apa-apa dokumen atau mengecat atau menulis atau merosakkan atau selainnya menyalahgunakan mana-mana meter letak kereta.

TEMPAT PEMBAYARAN KOMPAUN