Perintah Lalulintas Jalan (Tempat Letak Kereta) MBKT
KESALAHAN
-
Meletak kenderaan atau menyebabkan atau membenarkan sesuatu kenderaan menunggu di mana-mana jalan atau sepanjang jalan selain daripada Tempat Letak Kereta
-
Meletak kenderaan melintangi mana-mana garisan petak letak kereta atau meletak kenderaan di luar petak kereta.
-
Meletak kenderaan dengan tidak mengikut arah perjalanan lalulintas yang biasa dan tidak mematuhi tanda dan isyarat lalulintas.
-
Meletak kenderaan di sesuatu tempat letak kereta atau petak letak kereta sepanjang masa yang ditetapkan tanpa membayar caj yang ditetapkan bagi tempoh dimana kenderaan itu boleh diletak.
-
Di petak letak kereta bermeter.
Tidak memasukkan syiling atau syiling-syiling ke dalam ke dalam meter letak kereta sebagaimana ditunjukkan pada meter letek kereta itu yang sama nilainya dengan amaun yang ditetapkan bagi tempoh dimana kenderaan itu boleh diletak. -
Di petak letak kereta berkupon.
Tidak mempamerkan kupon letak kereta yang sah di ruang hadapan kenderaan yang boleh dilihat dengan jelas. -
Meletak atau membenarkan atau menyebabkan kenderaan diletakkan di petak letak kereta rezab.
-
Mengahalang atau menyebabkan dihalang mana-mana tempat letak kereta atau petak letak kereta.
-
Menggunakan mana-mana tempat letak kereta atau petak letak kereta bagi maksud menjalankan apa-apa perdagangan atau perniagaan.
-
Membasuh atau mencuci atau menyebabkan atau membenarkan supaya dibasuh arau dicuci mana-mana kenderaan yang diletakkan di suatu tempat letak kereta atau petak letak kereta.
-
Membuang atau menyebabkan dibuang apa-apa resit atau notis yang dikeluarkan seseorang Atendan Letak Kereta bertugas.
-
Mengalih atau mengetuk atau mengganggu atau mengusik atau menampal apa-apa dokumen atau mengecat atau menulis atau merosakkan atau selainnya menyalahgunakan mana-mana meter letak kereta.