Majlis Mengangkat Sumpah Pengakuan Menerima Jawatan sebagai Ahli Bersekutu, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu telah diadakan dalam Mesyuarat Majlis MBKT Kali Ke-3 yang bersidang pada 29 Mac 2026 bertempat di Dewan Mesyuarat Alamanda, aras 28, Menara MBKT.
Ir. Ts. Ahmad Khairi bin Mohd, Jurutera Daerah JKR Kuala Nerus telah dilantik sebagai Ahli Bersekutu MBKT dalam Majlis Angkat Sumpah tersebut menggantikan Ir. Ts. Nik Mohd Mahzan bin Nik Mohd Mahathir, Jurutera Daerah JKR Kuala Nerus yang telah bertukar.

[ GALERI FOTO ]

